Sign In
Web Creator

Bahagian Pentadbiran, Kewangan, dan Stor

​Fungsi Utama Unit Pentadbiran

  • ​​Pengawalan tindakan tatatertib menurut peraturan-peraturan yang sedia ada.
  • ​​Bertanggungjawab dalam mengumpul dan mengemaskini rekod-rekod perkhidmatan dan penyata cuti.
  • ​​Bertanggungjawab dalam pengambilan pekerja bergaji hari, kenaikan pangkat, penetapan jawatan, pengurniaan bintang/pingat kebesaran dan lain-lain.
  • ​​Mengaturkan dan penghantaran pegawai dan kakitangan untuk menghadiri kursus-kursus dan seminar-seminar dalam atau luar jabatan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan perjawatan.
  • ​​Mengemaskinikan rekod perkhidmatan ​pegawai dan kakitangan.​

Fungsi Utama Unit Kewangan

  • ​Menyediakan anggaran peruntukan tahunan Jabatan Daerah Brunei dan Muara setiap tahun.
  • ​Menguruskan hal ehwal kewangan/pembayaran gaji kakitangan bergaji bulan dan gaji hari.
  • ​Menguruskan pembayaran elaun-elau pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara termasuk bayaran bonus.
  • ​Membuat dan menyediakan purchase order dan seterusnya membuatkan pembayaran kepada syarikat-syarikat, jabatan-jabatan dan orang perseorangan melalui system tafis.
  • ​Menyediakan perkhidmatan pembayaran bagi sewa-sewa petak-petak bangku kedai, pasar dan gerai-gerai yang di bawah kawalan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
  • ​Menerima kutipan hasil jabatan setiap hari waktu bekerja.
  • ​Menyediakan serta memproses waran-waran seperti waran tambahan, waran pindah peruntukan, waran jabatan dan lain-lain.

Fungsi Utama Unit Stor

  • ​Pembelian bagi tujuan stok jabatan & kegunaan serta merta dari bahagian-bahagian yang memerlukan melalui:
    • Pembelian terus kepada pembekal bagi perbelanjaan di bawah $2000.
    • Sebutharga bagi perbelanjaan yang lebih daripada $2000 sehingga $50,000.
    • Tawaran bagi perbelanjaan $50,000 ke atas.
  • Menerima barang-barang dari pembekal mengikut ketetapan dalam PO sebutharga dan lain-lain.
  • Memastikan dan memriksa kualiti barangan yang diterima mengikut spesifikasi serta mengikut kuantiti yang dipesan.
  • Memasukkan data ke dalam rekod stor (kad stok, bin kad, folio, inventori, guna habis dan lain-lain).
  • Melengkapkan dokumen bagi tujuan pembayaran.
  • Memantau prestasi pembekal-pembekal.
  • Memastikan stok disimpan dalam keadaan selamat, bersih, tersusun dan terkawal.
  • Memastikan keselamatan dan kebersihan bangunan stor dan ruang penyimpanan sentiasa terkawal.
  • Memastikan keadaan suhu udara dan ventilasi di ruang penyimpanan sesuai dan selesa bagi pekerja dan stok barangan yang di simpan.
  • Melakukan pemeriksaan stok setiap 6 bulan.
  • Mengeluarkan stok mengikut pesanan pemohon/bahagian yang memerlukan menggunakan borang SIV dan lain-lain.
  • Menerima dari pembekal dan terus mengeluarkannya kepada pemohon.
  • Merekod & memposting barang yang dikeluarkan ke dalam binkad & kad stok serta computer.
  • Memantau keadaan stok bagi pemesanan semula mengikut keperluan dan baki yang ada.
  • Menyenaraikan keterangan barang-barang yang hendak dihapuskan (nama, jenis, harga, kuantiti, tarikh membeli, inventori dan lain-lain.
  • ​Menghadapkan ke unit pengurusan hartabenda, bahagian mekanikal, DME, JKR bagi mendapatkan laporan teknikal.​