Sign In
Web Creator

​Bahagian Kampung Ayer​

​​Pengenalan

  • ​​Kawalan dan pentadbiran kampung air adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
  • Oleh itu kawalan dan pentadbiran kampong air adalah dibawah kawalan ​Akta Kesalahan – Kesalahan Berhubung Dengan Bangunan – Bangunan Di Kampung Ayer.
  • Akta yang disebutkan ialah:​​​​​
    • ​Bab 33 – Tidak sesiapa pun boleh membangun, mendirikan, mengubah, menambah atau menyambung mana – mana bangunan di Kampung Ayer tanpa terlebih dulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Daerah.
    • Bab 34. (1) Tidak sesiapa pun yang menjadi pemilik atau penghuni mana – mana bangunan di Kampung Ayer boleh:
      • Menyewakan atau menyewakan lagi (lease, sublease, let or sublet) bangunan sedemikian kepada sesiapa pun selain dari ahli keluarganya.
      • mengizinkan atau membenarkan sesiapa pun untuk mendiami bangunan sedemikian selain dari ahli keluarganya.
    • Bab 34. (2) Jika mana – mana bangunan sedemikian telah disewakan atau disewakan lagi kepada sesiapa pun atau jika sesorang telah diizinkan atau dibenarkan untuk mendiami mana – mana bangunan sedimikian pemilik atau penghuni bangunan sedemikian hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya diangap telah menyewakan atau menyewakan lagi bangunan sedemikian kepada orang itu atau telah mengizinkan atau membenarkan orang itu untuk mendiaminya dengan mengetahui bawaha dia adalah orang selain dari ahli keluarganya tanpa terlebih dulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Daerah.

​​Unit-Unit Dibawah Bahagian Kampung Ayer, Jabatan Daerah Brunei dan Muara

Sebanyak 5 buah unit dibawah pentadbiran dan seliaan Bahagian Kampong Ayer, Jabatan Daerah Brunei dan Muara. Kelima – lima unit adalah seperti berikut:

  1. Unit Pentadbiran Kampong Ayer 
  2. Unit Teknikal Kampong Ayer 
  3. Unit Jambatan dan Jeti 
  4. Unit Kenderaan Air 
  5. Unit Perabot

​​Tugas dan Tanggungjawab Bahagian Kampung Ayer, Jabatan Daerah Brunei dan Muara​

  1. Menguruskan pentadbiran permohonan penukaran milik rumah yang ada di Kampong Ayer.
  2. Menguruskan permohonan pemilik rumah untuk membaiki / menambah / mengubahsuai rumah yang dimiliki oleh mereka. 
  3. Menguruskan permohonan untuk membina teratak sementara. 
  4. Membuat kajian banci penduduk setiap tahun untuk keperluan bagi pemantauan penduduk yang tinggal di kampong ayer. 
  5. Membaikpulih dan pemantauan jambatan dan jeti yang ada di kampong ayer bagi mengelakkan terjadinya kejadian yang tidak diduga seperti jambatan roboh. 
  6. Memberikan maklumat – maklumat yang berkaitan ataupun penyelarasan bersama agensi – agensi yang berkepentingan jika adanya operasi bersepadu yang melibatkan rumah – rumah di kampong ayer. 
  7. Membuat pemantauan setiap tahun bagi rumah – rumah kosong di kampong ayer.​

​​Mukim-Mukim dan Kampung-Kampung Yang Terletak di Kampung Ayer Dibawah Kawalan Jabatan Daerah Brunei dan Muara

Sebanyak 8 buah mukim yang mana pentadbiran rumah – rumah terletak di kampong ayer dibawah kawalan Bahagian Kampong Ayer, Jabatan Daerah Brunei dan Muara. Ianya adalah seperti berikut:

  1. Mukim Saba
    • Kampung Saba 'A'
    • Kampung Saba 'B'
    • Kampung Saba Tengah
    • Kampung Saba Laut
    • Kampung Saba Ujong

  2. Mukim Sungai Kebun
    • Kampung Sungai Kebun
    • Kampung Sungai Panga
    • Kampung Setia 'A'
    • Kampung Setia 'B'
    • Kampung Sungai Siamas

  3. Mukim Peramu
    • Kampung Bakut Siraja Muda 'A'
    • Kampung Bakut Siraja Muda 'B'
    • Kampung Lurong Sikuna
    • Kampung Bakut Berumput
    • Kampung Pekilong Muara
    • Kampung Peramu
    • Kampung Setia Pahlawan

  4. Mukim Tamoi
    • Kampung Pengiran Kerma Indera Lama
    • Kampung Pengiran Bendahara Lama
    • Kampung Tamoi Ujung
    • Kampung Tamoi Tengah
    • Kampung Limbongan (Terlibat didalam Projek Revitalisasi Sungai Kedayan Eko-Koridor)
    • Kampung Ujung Bukit (Terlibat didalam Projek Revitalisasi Sungai Kedayan Eko-Koridor)

  5. Mukim Burong Pingai Ayer
    • Kampung Pandai Besi 'A'
    • Kampung Pandai Besi 'B'
    • Kampung Sungai Pandan 'A'
    • Kampung Sungai Pandan 'B'
    • Kampung Burong Pingai Ayer
    • Kampung Pekan Lama
    • Kampung Lurong Dalam
    • Kampung Setia Negara
    • Kampung Sungai Asam

  6. Mukim Kota Batu
    • Kampung Pintu Malim
    • Kampung Pelambayan
    • Kampung Serdang
    • Kampung Sungai Besar
    • Kampung Sungai Belukut
    • Kampung Sungai Lampai
    • Kampung Sungai Matan
    • Kampung Kota Batu
    • Kampung Dato Gandi
    • Kampung Menunggol
    • Kampung Pudak

  7. Mukim Mentiri
    • Kampung Batu Marang

  8. Mukim Sungai Kedayan (Terlibat didalam Projek Revitalisasi Sungai Kedayan Eko-Koridor)​
    • Kampong Sungai Kedayan 'A'
    • Kampong Sungai Kedayan 'B'
    • Kampong Sumbiling
    • Kampong Pemancha Lama
    • Kampong Ujong Tanjong
    • Kampong Bukit Salat