Sign In
Web Creator

Bahagian Perhubungan Awam, Penyelidikan, dan IT

​Peranan Perhubungan Awa​​​m​

  • ​Sebagai urusetia bagi menerima dan menghadapkan persuratan-persuratan ke Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan dan Bahagian-Bahagian.​
  • ​Menghubungi pihak-pihak di Kementerian, Jabatan-Jabatan dan Bahagian-Bahagian mengenai sebarang perkara yang berkaitan dengan bidang tugas Jabatan.​
  • ​​Urusetia kepada majlis-majlis dan acara-acara yang dikendalikan oleh Jabatan sama ada diperingkat nasional atau Jabatan.​

Peranan Unit Penyelidikan​​

  • ​​Membuat kajiselidik dan kertaskerja mengenai keperluan latihan-latihan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan.​
  • ​​Membuat kajiselidik dan menyediakan rangka cadangan keperluan Jabatan.​
  • ​​Memantau perlaksanaan perancangan strategik dan KPI Jabatan.​
  • ​​Melaksanakan tugas-tugas penyelidikan seperti membuat banci penduduk mukim atau kampong dan menyediakan kertas kerja.​
  • ​​Menyelaras dan menyediakan statistik-statistik Jabatan.​
  • ​​Menjilid buku-buku, keratan akhbar, risalah-risalah, buku program, acara-acara yang dilaksanakan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara.​

Peranan Unit IT​​

  • ​Menyelaras keperluan alat komputer dan aksesori komputer bahagian-bahagian dan unit-unit.​
  • Bertanggungjawab terhadap pemeliharaan peralatan komputer.​
  • Menyelaras projek e-kerajaan jabatan dengan pihak KHEDN​
  • Menyediakan buku-buku program mengenai aktiviti jabatan dan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampong.​
  • Menyalurkan maklumat dan menyiarkan sebarang penglibatan dan aktiviti yang dikendalikan oleh Jabatan atau Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampong, iaitu melalui laman sesawang.​
  • Merangka keperluan latihan-latihan mengenai perisian komputer bagi memastikan pengurusan yang lebih berkesan.​
  • Mengemaskini Laman Web Jabatan Daerah Brunei dan Muara.​
  • Menyediakan laporan-laporan jabatan.​
  • Menyediakan dan memasang Projector dan laptop untuk keperluan semasa meeting dan acara Jabatan.​