Sign In
Web Creator

Aktiviti kempen membersihkan kubur dan Tahlil sekampong bagi Kampong Beribi Kawasan 1, 2 dan 3

kubur beribi 123.png

DAERAH BRUNEI DAN MUARA- 12 Mac 2023, Aktiviti kempen membersihkan kubur dan Tahlil sekampong bagi Kampong Beribi Kawasan 1, 2 dan 3 anjuran Majlis Perundingan Kampong Beribi 2 dan Beribi 1 dan 3 bersama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Beribi.

Aktiviti ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sempena menjelang bulan Ramadhan yang mulia disamping mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dan keharmonian hidup bermasyarakat.

kempen ini diadakan di Tanah Perkuburan Kampong Beribi, Jln Bunga Jasmin dan acara membaca tahlil telah diadakan di Masjid Kampong Beribi.

Tetamu kehormat yang hadir ialah Awang Haji Adnan bin Haji Bagol, Pemangku Penghulu Gadong ‘B’.

Created at 16/03/2023 6:55 PTG by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 16/03/2023 6:55 PTG by Hasnani binti Hj Md Noor
Berita Terkini