Text size :
ADVANCEDSEARCH
2 April 2016 bersamaan 24 Jamadilakhir 1437 Sabtu majlis pembukaan rasmi jualan Bazar Amal, Satu Baju Satu Senyuman, sekali lagi sebuah syarikat swasta tempatan, Battle Pro Event (BPRO) dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara Bazar Amal ini yang akan diadakan di Dewan Muhibbah, Lapangan Terbang Lama Berakas.
Isnin, 20 Ramadhan 1442H bersamaan 03 Mei 2021M jam 5.00 petang bertempat di Dewan Muhibbah, Jalan Dewan Muhibbah, Bandar Seri Begawan, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim dan Berbuka Puasa bagi Mukim Berakas 'A' dan Mukim Gadong 'B'.
Selasa, 07 Ramadhan 1442H bersamaan 20 April 2021M jam 5.00 petang bertempat di Dewan Muhibbah, Jalan Dewan Muhibbah, Bandar Seri Begawan, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim bagi Mukim Berakas 'A' dan Diselajurkan Dengan Majlis Berbuka Puasa.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
Juma'at, 14 Rejab 1442H bersamaan 26 Februari 2021M jam 8.00 malam bertempat di Kawasan Letak Kereta di Jalan Bendahara, Berhadapan Muzium Alat-Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan, telah berlangsungnya Majlis Perlancaran Gerai Hari Kebangsaan 2021 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kebangsaan yang Ke-37 Tahun, Tahun 2021.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Selasa, 04 Rejab 1442H bersamaan 16 Februari 2021M jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan di kawasan Letak Kereta Jabatan Daerah Brunei dan Muara telah berlangsungnya Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-37 Tahun.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara.
Submit complaints about violations of the laws and regulations enforced by the Department of Labour.