Text size :
ADVANCEDSEARCH
Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) ingin memaklumkan bahawa penyewaan Dewan Muhibbah bagi tahun 2021 akan mula dibukakan kepada orang ramai bermula hari Khamis , 03 Rabiulakhir 1442H bersamaan 19 November 2020, Jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Teater Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
Selasa, 04 Rejab 1442H bersamaan 16 Februari 2021M jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan di kawasan Letak Kereta Jabatan Daerah Brunei dan Muara telah berlangsungnya Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-37 Tahun.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara.
Hari Khamis, 03 Rabiulakhir 1442 / 19 November 2020, Majlis Perundingan Mukim Sengkurong dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara melalui Bahagian Institusi Mukim dan Kampung telah mengadakan Pertandingan Dikir Syarafil Anam antara Majlis- Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Peringkat Daerah Brunei dan Muara Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1442 Hijrah bersamaan 2020 Masihi yang berlangsung di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara pada jam 8 malam.
Pada 02 November 2020, Jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara telah diadakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di tempat kerja bagi tahun 2020 yang dikelolakan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Penyelidikan dan IT dengan kerjasama Jabatan Biro Kawalan Narkotik melalui Cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah.
Isnin, 02 Rabiulawal 1442H bersamaan 19 Oktober 2020M jam 2.30 petang bertempat di Kampung Serdang, Kota Batu, Bandar Seri Begawan telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Derma Kilat Bagi Mangsa Kebakaran (Warga Emas).
Submit complaints about violations of the laws and regulations enforced by the Department of Labour.