Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBAHAGIAN PERLESENAN DAN PENGUATKUASAAN

​​Unit Perlesenan adan Penguatkuasaan jabatan Daerah Brunei dan Muara​ berperanan dalam hal ehwal pemeriksaan dan penguatkuasaan lesen-lesen perniagaan khususnya Lesen perniagaan dibawah akta Lesen Perniagaan (penggal 127) samada untuk permohonan baru ataupun permohonan membaharui Lesen Perniagaan.

Selain itu, Pegawai Daerah Brunei dan Muara juga merupakan ahli-ahli pihak Autoriti Berkuasa Melesen yang terdiri daripada beberapa agensi yang terkandung di dalamnya :-

  • ​​Ketua Pengarah Jabatan Perancang dan Kemajuan Ekonomi
  • Pegawai Kesihatan Daerah Brunei dan Muara
  • Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa
  • Pengarah Badan Industri dan Kemajuan Negara (BINA)
  • Pengarah Bomba dan Penyelamat
FUNGSI UTAMA
Unit Perlesenan adalah selaku Pemeriksa Lesen Perniagaan bagi premis / kedai yang dibawah kawalan​ Jabatan Daerah Brunei dan Muara 

PERANAN
Memastikan setiap permohonan tersebut adalah mematuhi syarat-syarat bagi setiap pihak jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang mengawalnya.

FUNGSI PENGUATKUASAAN
Membuat pentauan dengan menjalankan operasi-operasi bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasa Jabatan yang lain.

Adalah menjadi satu kesalahan mengikut undang-undang dibawah Akta Lesen Perniagaan (prenggan 127), 2015 dimana kesalahan menjalankan perniagaan tanpa Lesen Perniagaan yang sah boleh dikenakan denda tidak melebihi $10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit).