PERANAN KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN DAERAH
- Merancang, menyediakan dan memelihara kemudahan asas seperti Jalan-Jalan Kecil, Jambatan-Jambatan, Dewan-Dewan, Gerai dan Pasar bagi kemudahan orang ramai.
- Mewujudkan kegiatan-kegiatan gotong-royong dikalangan penduduk-penduduk Kampong sebagai perpaduan, persefahaman dan kerjasama yang erat seperti Pembinaan Jambatan gotong-royong dan pengutipan sampah di Kampong Ayer
- Meningkatkan Sosio-Ekonomi penduduk-penduduk Kampong melalui penyediaan gerai-gerai dan pasar-pasar serta Pembinaan Dewan Kemasyarakatan.
Bahagian ini mengandungi unit-unit :
- Unit Kemajuan dan Perkembangan Projek
- Unit Kemajuan Tanah dan Bangunan
- Unit Pasar dan Gerai
- Unit Bengkel dan Kenderaan
- Unit Jalan Kecil
- Unit Bangunan & Kawasan
UNIT KEMAJUAN DAN PERKEMBANGAN PROJEK
Tugas dan Tanggungjawab :
- Merancang projek jangka pendek dan panjang Jabatan ini.
- Melaksanakan projek-projek Jabatan:-.
- Rancangan Kemajuan Negara (RKN)
- Peruntukan Khas
- Peruntukan Berulang-Ulang
- Memprosis dan mengeluarkan surat kebenaran tawaran kepada pemborong yang berjaya
- Memantau dan membuat laporan kemajuan projek-projek Jabatan dari masa ke semasa
- Membuat sokongan pembayaran Projek kepada penender-penender
UNIT PASAR DAN GERAI
Tugas dan Tanggungjawab :
- Memprosis dan mempertimbangkan permohonan bangku Pasar dan Gerai
- Mengawasi kehadiran penjaja-penjaja Pasar dan Gerai dari masa ke semasa
- Memantau bayaran sewa bangku Pasar dan Gerai
- Mengeluarkan surat amaran kepada penjaja-penjaja mengenai bayaran bangku yang tertunggak
- Mengeluarkan surat amaran pembatalan kepada penjaja-penjaja yang gagal memenuhi syarat-syarat penyewaan gerai.
UNIT KEMAJUAN TANAH DAN BANGUNAN
Tugas dan Tanggungjawab :
- Memproses permohonan baru seperti :
- Joint Inspection dengan jabatan-Jabatan berkenaan.
- Pembinaan rumah baru, menambah dan pengubahsuai rumah.
- Lesen Tumpang Sementara (LTS).
- Memotong , Menimbok dan meratakan tanah serta mengalih anak sungai.
- Gantian tanah, pemecahan dan penyatuan tanah.
- Cadangan tapak bagi projek-projek kerajaan.
UNIT BENGKEL DAN KENDERAAN
Tugas dan Tanggungjawab :
- Menguruskan dan Mentadbir Unit Bengkel sentiasa dalam keadaan baik, terurus dan selamat.
- Memulihkan kenderaan darat dan laut serta jentera berat sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
- Memberi bantuan kerjasama kepada Bahagian dan unit-unit dibawahnya bagi melaksanakan kerja-kerja Jabatan ini.
- Memastiakan tempahan kenderaan mengikut yang dipinta secara teratur.
UNIT JALAN KECIL
Tugas dan Tanggungjawab :
- Membina dan memelihara Jalan-Jalan Kecil di kawasan luar Bandar.
- Memastikan jalan-jalan kecil Daerah dalam keadaan baik, selesa dan selamat.
- Memberi bantuan batu kepada pemohon yang memenuhi syarat.
- Mensahkan pembayaran dan pembekalan batu-batu ke jalan-jalan kecil Daerah teratur.