Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBAHAGIAN KAMPONG AYER


BAHAGIAN KAMPONG AYER

JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA

 

Pengenalan: -

  • Kawalan dan pentadbiran kampung air adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
  • Oleh itu kawalan dan pentadbiran kampong air adalah dibawah kawalan Akta Kesalahan – Kesalahan Berhubung Dengan Bangunan – Bangunan Di Kampung Ayer.
  • Akta yang disebutkan ialah: -
    • Bab 33 – Tidak sesiapa pun boleh membangun, mendirikan, mengubah, menambah atau menyambung mana – mana bangunan di Kampung Ayer tanpa terlebih dulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Daerah.
    • Bab 34. (1) Tidak sesiapa pun yang menjadi pemilik atau penghuni mana – mana bangunan di Kampung Ayer boleh: -
      • Menyewakan atau menyewakan lagi (lease, sublease, let or sublet) bangunan sedemikian kepada sesiapa pun selain dari ahli keluarganya.
      • mengizinkan atau membenarkan sesiapa pun untuk mendiami bangunan sedemikian selain dari ahli keluarganya.
    • Bab 34. (2) Jika mana – mana bangunan sedemikian telah disewakan atau disewakan lagi kepada sesiapa pun atau jika sesorang telah diizinkan atau dibenarkan untuk mendiami mana – mana bangunan sedimikian pemilik atau penghuni bangunan sedemikian hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya diangap telah menyewakan atau menyewakan lagi bangunan sedemikian kepada orang itu atau telah mengizinkan atau membenarkan orang itu untuk mendiaminya dengan mengetahui bawaha dia adalah orang selain dari ahli keluarganya tanpa terlebih dulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Daerah.

 

Unit – unit dibawah Bahagian Kampong Ayer, Jabatan Daerah Brunei dan Muara: -

Sebanyak 5 buah unit dibawah pentadbiran dan seliaan Bahagian Kampong Ayer, Jabatan Daerah Brunei dan Muara. Kelima – lima unit adalah seperti berikut: -

  1. Unit Pentadbiran Kampong Ayer
  2. Unit Teknikal Kampong Ayer
  3. Unit Jambatan dan Jeti
  4. Unit Kenderaan Air
  5. Unit Perabot

Tugas dan tanggugjawab Bahagian Kampong Ayer JDBM adalah seperti berikut: -

    1.  Menguruskan pentadbiran permohonan penukaran milik rumah yang ada di kampong ayer.
    2. Menguruskan permohonan pemilik rumah untuk membaiki / menambah / mengubahsuai rumah yang dimiliki oleh mereka.
    3. Menguruskan permohonan untuk membina teratak sementara.
    4. Membuat kajian banci penduduk setiap tahun untuk keperluan bagi pemantauan penduduk yang tinggal di kampong ayer.
    5. Membaikpulih dan pemantauan jambatan dan jeti yang ada di kampong ayer bagi mengelakkan terjadinya kejadian yang tidak diduga seperti jambatan roboh.
    6. Memberikan maklumat – maklumat yang berkaitan ataupun penyelarasan bersama agensi – agensi yang berkepentingan jika adanya operasi bersepadu yang melibatkan rumah – rumah di kampong ayer.
    7. Membuat pemantauan setiap tahun bagi rumah – rumah kosong di kampong ayer.
      Mukim – mukim dan kampong – kampong yang terletak di kampong ayer dibawah kawalan Jabatan Daerah Brunei dan Muara: -

      Sebanyak 7 buah mukim yang mana pentadbiran rumah – rumah terletak di kampong ayer dibawah kawalan Bahagian Kampong Ayer, Jabatan Daerah Brunei dan Muara. Ianya adalah seperti berikut: -
      Mukim Saba: -
  1. Kampong Saba 'A'
  2. Kampong Saba 'B'
  3. Kampong Saba Tengah
  4. Kampong Saba Laut
  5. Kampong Saba Ujong

 

Mukim Sungai Kebun: -

  1. Kampong Sungai Kebun
  2. Kampong Sungai Panga
  3. Kampong Setia 'A'
  4. Kampong Setia 'B'
  5. Kampong Sungai Siamas

 

Mukim Peramu: -

  1. Kampong Bakut Siraja Muda 'A'
  2. Kampong Bakut Siraja Muda 'B'
  3. Kampong Lurong Sikuna
  4. Kampong Bakut Berumput
  5. Kampong Pekilong Muara
  6. Kampong Peramu
  7. Kampong Setia Pahlawan

 

Mukim Tamoi: -

  1. Kampong Pengiran Kerma Indera Lama
  2. Kampong Pengiran Bendahara Lama
  3. Kampong Tamoi Ujung
  4. Kampong Tamoi Tengah
  5. Kampong Limbongan (Terlibat didalam Projek Revitalisasi Sungai Kedayan Eko-Koridor)
  6. Kampong Ujung Bukit (Terlibat didalam Projek Revitalisasi Sungai Kedayan Eko-Koridor)

 

Mukim Burong Pingai Ayer: -

  1. Kampong Pandai Besi 'A'
  2. Kampong Pandai Besi 'B'
  3. Kampong Sungai Pandan 'A'
  4. Kampong Sungai Pandan 'B'
  5. Kampong Burong Pingai Ayer
  6. Kampong Pekan Lama
  7. Kampong Lurong Dalam
  8. Kampong Setia Negara
  9. Kampong Sungai Asam

 

Mukim Kota Batu: -

  1. Kampong Pintu Malim
  2. Kampong Pelambayan
  3. Kampong Serdang
  4. Kampong Sungai Besar
  5. Kampong Sungai Belukut
  6. Kampong Sungai Lampai
  7. Kampong Sungai Matan
  8. Kampong Kota Batu
  9. Kampong Dato Gandi
  10. Kampong Menunggol
  11. Kampong Pudak

 

Mukim Mentiri: -

  1. Kampong Batu Marang

 

Mukim Sungai Kedayan (Terlibat didalam Projek Revitalisasi Sungai Kedayan Eko-Koridor): -

  1. Kampong Sungai Kedayan 'A'
  2. Kampong Sungai Kedayan 'B'
  3. Kampong Sumbiling
  4. Kampong Pemancha Lama
  5. Kampong Ujong Tanjong
  6. Kampong Bukit Salat