DAERAH BRUNEI DAN MUARA , 22 Sya’ban 1444H / 14 Mac 2023M – Perasmian Papan Tanda Ketua-Ketua Kampung Daerah Brunei dan Muara telah diadakan pagi ini bagi lima (5) jawatan ketua-ketua yang telah diisikan secara tetap di kediaman masing-masing iaitu di kawasan rumah:
1. Ketua Kampong Junjongan, Mukim Pengkalan Batu - Yang Mulia Awang Haji Tamam @ Haji Ahmad Shah Tamami bin Haji Timbang, (tarikh lantikan pada 12 Disember 2022);
2. Ketua Kampong Kilanas, Mukim Kilanas – Yang Mulia Haji Mohammed Ameerolbahrynee bin Haji Abdul Hamid (tarikh lantikan pada 12 Disember 2022);
3. Ketua Kampong Perpindahan Mata-Mata, Mukim Gadong ‘B’ Yang Mulia Pengiran Muhammad Norramzu Nasri bin Pengiran Haji Mohd Salleh (tarikh lantikan pada 12 Disember 2022);
4. Ketua Kampong Kiulap, Mukim Gadong ‘B’, Yang Mulia Haji Hassan bin Haji Mohammad (tarikh lantikan pada 12 Disember 2022)
5. Ketua Kampong Menglait dan Kawasan Sekitarnya, Mukim Gadong ‘B’, Yang Mulia Awang Haji Othaman bin Haji Patra (tarikh lantikan pada 12 Disember 2022).
Perasmian papan tanda di kediaman Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong bekenaan telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara.