Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM BAGI MUKIM BERAKAS ‘A’ DAN DISELAJURKAN DENGAN MAJLIS BERBUKA PUASA

ay.jpg

​Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan Tahlil yang dibacakan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Shahibol Esham bin Pengiran Khamis, Pegawai di Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan kemudian Tetamu Kehormat menyerahkan derma kepada anak-anak yatim serta penyampaian hadiah kepada Tetamu Kehormat setelah itu, sembahyang Maghrib dan seterusnya berbuka puasa.

Acara ini dikelolai oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Syarikat Bukhari Textile buat julung-julung kalinya diadakan bersama bertujuan untuk meringankan beban Anak-Anak Yatim dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Turut hadir Yang Mulia Awang Misle bin Haji Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, Penghulu Mukim Berakas 'B', Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.


Created at 21/04/2021 12:31 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 21/04/2021 12:31 by Hasnani binti Hj Md Noor