Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk menanamkan rasa kecintaan terhadap Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan menyemarakkan lagi bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan memperbanyakkan amalan berselawat dan berzikir.
Sebanyak 5 pasukan kategori Lelaki dan 5 pasukan kategori Wanita mewakili Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Brunei dan Muara menyertai pertandingan tersebut.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dan isteri yang seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Turut hadir menyaksikan pertandingan berkenaan ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara.