Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Al-Mukarabin, Al-Amirah Juara Dikir

pehinz.png


Dalam pertandingan yang berlangsung di Dewan Serba Guna SPARK, Kampung Sungai Liang, Daerah Belait itu, Pasukan Dikir Al-Mukarabin muncul juara Kategori Lelaki dengan lagu Al-Hamd, diikuti oleh Pasukan Dikir Mursyidun dari Daerah Temburong di tempat kedua dan Pasukan Dikir Firqah Khairil Mu’minin dari Mukim Kiudang, Daerah Tutong di tempat ketiga.

Pasukan Dikir Al-Amirah pula menjuarai Kategori Perempuan dengan lagu ‘Badat’, manakala itu, tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Dikir Haliwatul Qalbi dari Mukim Liang, Daerah Belait dan Pasukan Dikir Al-Wafiqah dari Mukim Bangar, Daerah Temburong di tempat ketiga.

Pertandingan turut menyaksikan Pasukan Dikir Mursyidun dan Pasukan Dikir Haliwatul Qalbi memenangi hadiah persembahan terbaik bagi kategori masing-masing.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir menyaksikan pertandingan berkenaan ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin juga selaku penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput juga selaku ketua Kampung Labi 1; setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN); pegawai Daerah Belait, Awang Ramlee bin Haji Jamudin; pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari KHEDN dan Pejabat Daerah Belait, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dari seluruh negara.

Sebanyak 10 pasukan telah menyertai pertandingan anjuran pelbagai majlis perundingan mukim dan kampung di seluruh negara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73.

Pasukan-pasukan lain yang menyertai peringkat akhir pertandingan berkenaan ialah Pasukan Dikir Ar-Rahman dari Mukim Liang dan Pasukan Dikir Al-Muflihun, kedua-duanya dari Daerah Belait.

Dua pasukan lain dalam Kategori Perempuan ialah Pasukan Dikir Ar Rahmad dari Mukim Pekan Tutong, Daerah Tutong dan Pasukan Dikir Az-Zahrah dari Mukim Labi, Daerah Belait.


Created at 16/12/2019 14:45 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 16/12/2019 14:45 by Hasnani binti Hj Md Noor