Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENGAGIHAN DAGING-DAGING IBADAH KORBAN SUNAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERSERTA KERABAT BAGINDA BAGI TAHUN 1440H / 2019M

PIC.jpg


Hadir selaku Tetamu khas pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara serta Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Brunei dan Muara.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Shahminan bin Haji Matzin, Pemangku Ketua Kampung Bolkiah 'A' dan diikuti dengan laungan takbir secara beramai-ramai diketuai oleh Yang Mulia Tetamu khas majlis.

Acara diteruskan dengan pengagihan daging-daging ibadah korban sunat kepada penerima-penerima yang disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu khas majlis.


Created at 20/08/2019 15:17 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 20/08/2019 15:17 by Hasnani binti Hj Md Noor