Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS DIKIR ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W BAGI TAHUN 1440 HIJRAH BERSAMAAN DENGAN 2018 MASEHI


masjid.jpg


Majlis telah di hadiri oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seria Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku ketua rombongan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap dam Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Yang Mulia Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampong di Daerah Brunei dan Muara. 

Acara di mulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib dan di ikuti oleh Majlis Dikir Maulud beramai-ramai daripada kumpulan dikir Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, kumpulan Dikir Jabatan Bomba dan Penyelamat, kumpulan Dikir Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, kumpulan Dikir Jabatan Daerah Brunei dan Muara serti ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampong beserta Ahli-Ahli Takmir Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampung Manggis/Madang.

Majlis Dikir rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabantan di bawahnya adalah kesinambungan rombongan kementerian ini ke Deaerah-Daerah dalam sama-sama menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam. Rombongan kementerian seterusnya akan berkunjung ke Masjid Kampung Keriam, Daerah Tutong pada Hari Khamis, 7 Rabiulawal 1440H bersamaan dengan 15 November 2018M. 


Created at 17/11/2018 09:12 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 17/11/2018 09:13 by Hasnani binti Hj Md Noor