Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-72

RAMAH MESRA 2018.jpg

Persembahan khas pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-72 itu menyaksikan gabungan para peserta kira-kira 200 orang penuntut sekolah-sekolah, belia-belia serta pelajar dari institusi pengajian tinggi yang sama-sama menghidupkan persembahan bertema ‘Raja Berdaulat Rakyat Bahagia’ yang dibahagikan kepada tiga segmen.

Segmen pertama persembahan khas menggambarkan kecintaan rakyat kepada raja melalui tarian tradisional gabungan dua kumpulan penari seramai 30 orang setiap kumpulan yang terdiri daripada murid sekolah rendah dengan persembahan mengambil masa kira-kira empat minit membawa irama Zapin dan Retak Inang.

Segmen kedua pula dibahagikan kepada dua bahagian dengan bahagian pertama mempamerkan persembahan bertenaga daripada belia-belia seramai 30 orang dan penuntut sekolah menengah seramai 35 orang.

Persembahan menggunakan payung sebagai simbol raja yang melindungi dan pelbagai warna yang membawa pengertian berbilang kaum di mana persembahan mengambil masa kira-kira empat minit dengan irama Tarian Payung dan Tarian Puak.

Bahagian kedua bagi segmen kedua persembahan khas itu pula mengetengahkan persembahan dari institut pengajian tinggi yang menggambarkan belia harapan negara yang mempunyai identiti kukuh dan sentiasa siap siaga dalam menjunjung kedaulatan negara. Persembahan berlangsung selama empat minit itu mengetengahkan gerak rentak bertenaga.

Segmen ketiga merupakan penutup persembahan khas yang mengetengahkan lagu dicipta khas sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-72 tahun yang membawa tema ‘Raja Berdaulat Rakyat Bahagia’.

Lagu khas dinyanyikan oleh Hans Annuar sebagai pencipta dan penulis lagu dan Sri Nazrina binti Haji Johari di mana mereka diiringi oleh kumpulan koir yang terdiri daripada belia dan penuntut sekolah menengah seramai 35 orang.

Created at 01/08/2018 10:55 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 01/08/2018 10:57 by Hasnani binti Hj Md Noor