Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS MENAIKKAN DAN PENGAGIHAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 72 TAHUN 2018

bendera 2018.png

Upacara penyerahan bendera-bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 72 tahun 2018 kepada Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Brunei dan Muara dilangsungkan sejurus selepas Majlis Menaikkan Bendera Besar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di kawasan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara. Yang Mulia Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunus, Setiausaha Tetap Media dan Kabinet di Jabatan Perdana Menteri selaku tetamu kehormat telah mengagihkan bendera-bendera kebangsaan kepada kesemua tujuh belas (17) Penghulu-Penghulu Mukim dengan diiringi oleh Ketua-Ketua Kampong.

Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalm Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 72 tahun 2018 bagi Daerah Brunei dan Muara didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah, perbarisan lalu diteruskan dengan penyerahan bendera besar kepada tetamu kehormat dan seterusnya majlis menaikkan bendera oleh Yang Mulia Wakil Daerah Polis Brunei dan Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei dengan diiringi lagu kebangsaan "Allah Peliharakan Sultan" oleh Pasukan Pancaragam Kadet Polis, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Diantara yang hadir di majlis tersebut itu ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampong serta pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Created at 04/07/2018 10:33 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 04/07/2018 10:33 by Hasnani binti Hj Md Noor