Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI DAERAH BRUNEI DAN MUARA 1439H/2018M

PIC.jpg

Hadir mengetuai rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr)  Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Sebelum Majlis Khatam Al-Quran Bulan Ramadhan dimulakan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyerahkan sumbangan derma kepada 31 orang anak-anak yatim dari Kampung Manggis dan Kampung Madang dan diikuti dengan penyerahan WAKAF bagi keperluan Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis, Madang.

Majlis juga diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa sebaik sahaja Majlis Khatam Al-Quran Bulan Ramadhan berkenaan disempurnakan dan seterusnya mengadakan majlis bersungkai bersama penduduk-penduduk kampong.

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan merupakan salah satu acara keugamaan yang dikendalikan setiap tahun oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara kementerian dengan kepimpinan akar umbi dan penduduk-penduduk mukim dan kampung di Daerah Brunei dan Muara, selain bagi meraih kemanfaatan, kerahmatan dan pahala yang berlipat kali ganda dalam bulan Ramadhan.

Hadir sama Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Pemangku Setiausaha Tetap, Yang Mulia Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya, Yang Mulia Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung di Daerah Brunei dan Muara, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di Mukim Berakas; para jemaah masjid serta masyarakat di Kampung Manggis, Madang.

Created at 30/05/2018 10:01 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 30/05/2018 10:01 by Hasnani binti Hj Md Noor