Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM PERINGKAT KEBANGSAAN

PIC.jpg

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian derma ialah Menteri Kewangan II selaku Pengerusi Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dan isteri, Pengiran Datin Hajah Noor Yashimah binti Pengiran Anak Haji Hashim dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin serta isteri, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah Lim.

Turut menyampaikan sumbangan ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.Daripada jumlah penerima tersebut, seramai 3,103 orang anak yatim adalah dari Daerah Brunei dan Muara, 785 orang penerima dari Daerah Tutong, 734 penerima dari Daerah Belait dan 218 orang penerima dari Daerah Temburong.

Pada majlis itu, derma bagi anak-anak yatim di Daerah Belait, Tutong dan Temburong diterima oleh wakil pegawai daerah masing-masing.

Sumbangan yang dihasratkan dapat meringankan beban perbelanjaan, keperluan harian dan juga sebagai persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri itu dikutip melalui SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-anak Yatim kebangsaan di bawah kendalian Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan tahun ini telah berjaya mengumpul sebanyak $90,803.

SMS Brunei Prihatin adalah projek tahunan anjuran bersama JAPEM, Jabatan Radio Televisyen Brunei, DST Communications Sdn Bhd (DST) dan Progresif Cellular Sdn Bhd (PCSB) yang bermula pada tahun 2005.

Majlis juga menyaksikan penyampaian Skim Hadiah Galakan Pelajar Cemerlang BIBD untuk Anak-anak Yatim 2017 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Mohd Amin Liew.

Seramai 21 orang pelajar telah menerima skim tersebut daripada peringkat ‘A’ Level, ‘O’ Level, Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB), Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR).

Para pelajar cemerlang bagi PSR menerima baucar tunai $500, Peperiksaan Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level dan SPUB menerima baucar tunai $800 sementara itu, bagi Peperiksaan Brunei Cambridge GCE ‘A’ Level dan STPUB menerima baucar tunai $1,000.

Created at 28/05/2018 11:25 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 28/05/2018 12:04 by Hasnani binti Hj Md Noor