Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN

DO.jpg

Hadir mengetuai rombongan tersebut ialah  Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon selaku penghulu Mukim Berakas ‘B’; Yang Berhormat Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari selaku ketua Kampung Limau Manis dan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman selaku ketua Kampung Masjid Lama Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong; Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohd Yassin bin Haji Mohamed bersama pegawai-pegawai kanan dan kakitangan jabatan berkenaan.

Terdahulu, majlis menyaksikan Awang Misle menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 24 orang anak yatim di Kampung Kulapis yang diikuti dengan penyerahan wakaf bagi keperluan masjid itu dan diselajurkan dengan membaca Tahlil dan Doa Arwah.

Majlis berkenaan merupakan salah satu acara keagamaan yang dikendalikan dalam mendekatkan lagi hubungan penduduk mukim dan kampung di Daerah Brunei dan Muara di samping untuk meraih kemanfaatan, kerahmatan dan pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan.


Created at 24/05/2018 11:49 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 24/05/2018 11:49 by Hasnani binti Hj Md Noor