Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis menaikkan dan pengagihan bendera Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 34 tahun, 2018 peringkat Daerah Brunei dan Muara.

bn.jpg

Majlis menaikkan bendera besar bagi Daerah Brunei dan Muara dimulakan dengan upacara perbarisan lalu yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Mohd. Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara dengan diiringi oleh Pasukan Pencaragam Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan seramai 34 orang pembawa bendera Negara Brunei Darussalam yang terdiri dari Belia Cinta Tanahair, yang kemudiannya penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Tetamu Kehormat dan seterusnya menyerahkan bendera kepada Polis Diraja Brunei bagi upacara menaikkan bendera dengan diiringi lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan oleh pasukan koir kumpulan suara anak seni, Mukim Gadong A bersama pancaragam jabatan pendidikan Kokurikulum dengan disaksikan oleh Tetamu Kehormat dan para jemputan yang terdiri daripada  Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampong, sejurus saja selesai Majlis Menaikkan bendera Besar, Tetamu kehormat Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara mengagih-agihkan bendera-bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-

Penghulu Mukim Daerah Brunei dan Muara dan seterusnya penyampaian sijil penghargaan kepada yang mengambil bahagian bagi acara menaikkan dan pengagihan bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 34 tahun 2018.

Turut hadir dimajlis pagi ini ialah Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampong serta Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Created at 19/02/2018 14:25 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 19/02/2018 14:25 by Hasnani binti Hj Md Noor