Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PESERTA JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA MENAMATKAN KURSUS FIRE MARSHAL

MARSHALL.jpg

Seramai 33 orang pegawai dan kakitangan JDBM yang diketuai oleh Awang Amir Amnan Bin Junaidi, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat 11, telahpun  menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat selama tiga hari berturut-turut bermula dari 29 hb sehingga 31hb Januari 2018 di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama Berakas.

Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi meningkatkankesedaran, kefahaman dan menyiapkan para peserta daripada Jabatan Daerah Brunei dan Muara dari segi fizikal dan juga mental untuk menangani serta bertindak dengan tatacara yang teratur dan selamat jika berlakunya kejadian kebakaran didalam mahupun diluar jabatan.

Sepanjang 3 hari kursus, kesemua peserta telahpun diberikan latihan dan ilmu pengetahuan asas yang berkaitan dengan kejadin kebakaran dan cara menanganinya. Disamping itu, para peserta juga dilatih cara penggunaan pelbagai jenis alat pemadam api dan juga tatacara mengeluarkan mangsa-mangsa yang cedera jika berlakunya kejadian kebakaran. Pada hari terakhir kursus, para peserta telahpun membuat simulasi latihan kebakaran di Jabatan Daerah Brunei dan Muara yang dijalankan oleh Pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Apa yang menarik sekali ialah para peserta yang telah menamatkan kursus Fire Marshal ini adalah kumpulan pertama yang dihantar oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Created at 08/02/2018 15:43 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 08/02/2018 15:43 by Hasnani binti Hj Md Noor