Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 71 Tahun

new.jpg

​Hadir selaku Tetamu kehormat pada pagi ini  Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis menaikkan bendera besar bagi Daerah Brunei dan Muara dimulakan dengan upacara perbarisan lalu yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Maidin bin Haji Mustafa, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara dengan diiringi oleh Pasukan Pancaragam Kadet Polis Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan seramai 33 orang Pembawa Bendera Negara Brunei Darusslam yang terdiri dari Program Belia Cinta Tanahair dan Program Khidmat Bakti  Negara, Penyerahan Bendera negara Brunei Darussalam Kepada Teatmu Kehormat dan seterusnya menyerahkan bendera kepada Polis Diraja Brunei bagi Upacara menaikkan bendera dengan diiringi lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' oleh koir dari Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara bersama pancaragam Kadet Polis Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan disaksikan oleh Tetamu Kehormat dan para jemputan yang terdiri daripada Yang Berhormat - Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong, sejurus saja selesai majlis Menaikkan Bendera Besar, Tetamu Kehormat Yang Mulia Dato Seri Setia haji Abd Aziz bin Orang kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal ugama mengagih-agihkan bendera-bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Brunei dan Muara dan seterusnya penyampaian sijil penghargaan kepada yang mengambil bahagian bagi acara menaikkan dan pengagihan bendera Sempena  Sambutan Hari Perayaan ke 71 tahun 2017.

Created at 04/07/2017 16:03 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 04/07/2017 16:07 by Hasnani binti Hj Md Noor