Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM

DSC_5493.JPG

Kelmarin, seramai 536 orang anak yatim di seluruh Kampong Ayer dan 113 orang warga emas di Mukim Peramu menerima sumbangan derma pada Majlis Penyampaian Derma Anak-anak Yatim yang diadakan di Dewan Muhibah Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Hadir menyampaikan derma tersebut ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dan isteri.Sumbangan derma dari Penghulu Mukim Peramu, Pengarah Dato Paduka Haji Ismit bin Pengarah Mukim Haji Naim itu diharap dapat meringankan bebanan keluarga para penerima dan dapat digunakan untuk keperluan harian di bulan Ramadan dan Syawal nanti.Di majlis itu, Penghulu Mukim Peramu turut menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim di seluruh Kampong Ayer.

Sementara itu dalam temu bual media bersama salah seorang penerima warga emas, Pengiran Hajah Minah binti Pengiran Besar, 74, beliau melahirkan rasa berterima kasih kepada Penghulu mukim atas sumbangan tersebut yang diadakan setiap tahun.

Beliau yang tinggal di Kampung Peramu seterusnya menambah, dengan adanya sumbangan ini, ia sedikit sebanyak dapat menampung keperluan harian di bulan Ramadan ini.Manakala seorang lagi penerima, Awang Hafiuddin bin Zainuddin, 11, dari Kampung Bolkiah ‘A’ melahirkan rasa syukur atas sumbangan yang diberikan, di mana sumbangan tersebut akan digunakannya untuk membeli keperluan persiapan Hari Raya Aidilfitri nanti.Majlis penyampaian derma tersebut diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang diketuai oleh Ketua Kampung Bolkiah ‘A’, Mukim Sungai Kebun, Awang Shahminan bin Haji Matzin.


Created at 06/06/2017 16:28 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 10/06/2017 08:26 by Hasnani binti Hj Md Noor