Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA TABUNG AMAL DAN BANTUAN KERAJAAN BAGI MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG PANDAI BESI ‘A’ DAN KAMPUNG LURONG DALAM

derma kebakaran 2017.png

Hadir bagi menyampaikan derma tabung amal dan bantuan kerajaan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya diikuti dengan Ucapan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kg Pandai Besi A dan Kg Lurong Dalam iaitu Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Derma tabung amal tersebut adalah hasil dari orang ramai yang telah menderma ke Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kg Pandai Besi A dan Kg Lurong Dalam. Hasil derma tersebut telah dikumpulkan melalui masjid-masjid di seluruh Negara, bangunan jabatan-jabatan Daerah di keempat-empat daerah, bangunan bank-bank, gedung-gedung perniagaan dan bangunan-bangunan awam di seluruh negara serta derma-derma dari persatuan-persatuan dari agensi-agensi buka kerajaan yang mana telah dibukakan bermula dari 13hb Disember 2016 sehingga 31 Januari 2017 yang lalu. Jumlah keseluruhan kutipan derma yang telah dikumpulkan adalah sebanyak BND$291,344.36. Jumlah tersebut termasuk jumlah yang dikumpul melalui SMS BANTU dari DST dan Progressif Cellular Sdn Bhd masing-masing berjumlah sebanyak BND$65,511.00 dan BND$19,303.00.

Pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) juga turut menyumbangkan sejumlah BND$159,000.00 kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Turut hadir ialah Setiausaha-SetiausahaTetap; Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan; Pengarah-Pengarah; Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan; dan juga ahli-ahli Jawatankuasa Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam.

 

Created at 25/03/2017 12:31 by Hasnani binti Hj Md Noor
Last modified at 25/03/2017 12:35 by Hasnani binti Hj Md Noor